Asas-Asas Senireka

 
ASAS-ASAS KARENINA
Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:
 

-Garisan
-Rupa
-Bentuk
-Jalinan
-Ruang
-Warna
 
Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain
dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai
jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta
menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam
seni visual.
Rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan
yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa
geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang
mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang
mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang
khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari
ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim).
Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan
permulaannya.
Bentuk
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2
jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk
dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan
kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat
3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui
gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh
dihasilkan melalui lakaran, catan dan
lukisan berkomputer 3 dimensi.
Jalinan
    Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.
    Ruang
     Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
    Warna
     warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Alat dan bahan melukis
 Jenis-jenis warna
Warna asas
warna asas - merah, biru dan kuning
    1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna          2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga    3. Mempunyai kuasa yang hebat        4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya
    Warna Sekunder
    warna sekunder - jingga, ungu dan hijau
    1. Juga dipanggil warna kedua        2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.                    Warna sekunder = warna asas + warna asas        3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau        a. Jingga = merah + kuning      b. ungu = merah + biru        c. hijau = kuning + biru
    Warna tertier
    warna-warna tertier
    1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna        warna tertier = warna asas + warna sekunder      2. Warna tertier terdiri daripada          a. biru ungu= biru + ungu        b. biru hijau= biru + hijau        c. kuning jingga= kuning + jingga      d. kuning hijau= kuning + hijau        e. merah jingga= merah + jingga
    f. merah ungu= merah + ungu