Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual


Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual                                                     
Tarikh : 9-11-2011 (Rabu)
Kelas / Tahun :3 Merah
Jumlah Murid : 32 orang murid
Masa: 8.00 pagi – 9.00 pagi (1 jam)
Bidang : Menggambar
Aktiviti : 1. Murid-murid dapat membuat lukisan daripada  
                   pelbagai media dengan teknik mozek.
               2. Murid-murid menghasilkan sebuah lukisan mozek    
                   yang kreatif.
Tajuk : Buah-buahan tempatan
Teknik : Mozek (guntingan dan tampalan)
Pengalaman sedia ada : Pelajar telah mempelajari menggunting, menyusun dan menampal.
Objektif Pembelajaran : menghasilkan lukisan teknik mozek yang kreatif.
Hasil Pembelajaran: Sebelum tamat pengajaran, murid-murid tahun 3M dapat:
1. menggunakan kemahiran menggunting dan menyusun kepingan kertas daripada pelbagai media (teknik mozek) untuk melakar gambar buah-buahan tempatan.
2. Menghargai sumbangan pelukis tempatan yang telah menghasilkan lukisan teknik mozek yang kreatif.
Keperluan : 1. Alat / Bahan : a) Warna air
                                                b) Gunting
                                                c) Kertas lukisan
                                                d) Majalah, suratkhabar,kertas berwarna
2. Rujukan                         a) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan SeniVisual Tahun 3
                                               b) Buku Pendidikan Seni Visual Tahun 3

Set Induksi

a) Murid mendengar dan menyanyikan lagu ‘buah-buahan tempatan’.
b) Murid-murid menyanyikan lagu ‘ buah-buahan tempatan’ sambil bertepuk tangan.
c) Guru menerangkan kepada murid tajuk yang akan diajarkan.

Langkah 1

a) Guru memulakan P&P dengan menunjukkan sebuah karya seni mozek.
b) Guru menyoal murid-murid tentang teknik lukisan berdasarkan karya yang dipilih. (Mencungkil pengetahuan sedia ada murid)
Contoh soalan:
1.Bagaimana lukisan mozek ini dihasilkan?
2.Apakah teknik yang digunakan bagi menghasilkan lukisan ini?
c) Guru menerangkan tentang definisi mozek. ( Mozek adalah satu aktiviti guntingan,susunan dan tampalan).

Langkah 2

a) Murid melengkapkan lakaran buah-buahan tempatan yang disediakan.
b) Murid menggunting kertas warna atau kertas majalah berbentuk segi empat atau pelbagai bentuk dalam pelbagai saiz.
c) Murid menyusun keratan kertas warna tersebut pada lakaran yang telah dihasilkan.
d) Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid cara-cara menghasilkan teknik mozek.

Langkah 3

a) Pembentangan hasil kerja.
b) Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil kerja rakan-rakan mereka.
Penutup 

a) Pelajaran diakhiri dengan sesi Apresiasi dan Refleksi;
i) Guru membuat rumusan.
ii) Penerapan nilai-nilai murni.
b) Soal – jawab:
Apakah yang dimaksudkan dengan mozek?
Apakah nilai-nilai murni yang anda dapat dari pembelajaran hari ini?



 Hasil Kerja Murid